PANEL PENULIS



Nama penuh beliau Mohd Noor bin Tahir. Beliau dilahirkan pada tahun 1978 di Kampung Gemuruh, Tepoh, Kuala Terengganu. Beliau telah pun berkahwin dan mempunyai dua orang cahaya mata. Beliau menamatkan program Tahfiz al-Quran di Maahad Tahfiz al-Quran Negeri Terengganu.

Pada tahun 1998, beliau menyambung pengajian ke peringkat Ijazah di Universiti al-Azhar, Mesir dalam bidang Qiraat. Beliau sangat aktif mengadakan kuliah-kuliah dan ceramah agama atas jemputan masjid-masjid dan surau-surau di sekitar Kuala Lumpur. Beliau juga mengadakan kelas fardu ain untuk kanak-kanak di kawasan yang sama.

Sekarang beliau bertugas sebagai Editor Agama Karya Bestari di syarikat penerbitan Alaf21.




Nama penuh, Sakinah bt Ariff Johor. Dilahirkan pada tahun 1980 di Kampung Senggang Kuala Kangsar, Perak. Beliau membesar dan menamatkan sekolah rendah di kampung tempat asal beliau. Kemudian, menamatkan sekolah menengah di Maahad Tabiah Islamiah, batu 8, Taping, Perak.

Pada tahun 1999-2004, beliau menuntut di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia peringkat Ijazah dalam bidang Ilmu Wahyu dan Warisan Islam. Beliau mengambil pengkhususan al-Quran dan Sunnah serta menjadikan Psychology sebagai pengkhususan kedua.

Beliau sekarang menyandang jawatan sebagai Editor Agama Karya Bestari di syarikat penerbitan Alaf21.